Khamis, 17 April 2014

Kenyataan Kontroversi Mengenai Tudung, Raja Azmi Tak Kisah Dikecam

tanda bahawa baru-baru ini Raja Azmi telah membuat satu kenyataan penuh kontroversi mengenai pemakaian tudung. Seperti yang kita ketahui, tudung dipakai untuk menutup aurat seperti yang telah disyariatkan oleh Islam. Kenyataan yang dikeluarkan menerusi sebuah program hiburan ini menimbulkan kontroversi sehingga Raja Azmi menerima kecaman dan kritikan daripada orang ramai.


Tambah kapsyen
Raja Azmi sebelum ini sememangnya sering mengeluarkan kenyataan yang agak kontroversi. Kenyataan mengenai pemakaian tudung kali ini berbunyi:
Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak Mi tak boleh terima semua itu
Diminta menghuraikan lebih lanjut mengenai kenyataan penuh kontroversinya itu, Raja Azmi menerusiKosmo berkata:-
Saya tetap dengan pendirian saya, mungkin orang ramai salah faham berhubung isu tersebut. Pemakaian tudung merupakan pilihan masing-masing tetapi hal ini melibatkan keikhlasan hati, kita perlu betulkan perkara asas seperti solat lima waktu dahulu.
Saya telah bersedia pada bila-bila masa untuk memakai tudung. Namun, buat masa ini saya akan bertudung pada masa tertentu sahaja. Insya-Allah, saya berusaha untuk melakukan perubahan sedikit demi sedikit demi kebaikan saya.
Bagi saya, apa yang perlu ditekankan buat masa sekarang adalah perkara asas dahulu. Saya perlu tunaikan solat lima waktu dengan teratur terlebih dahulu. Kalau solat lima waktu pun compang-camping, macam mana hendak melakukan kebaikan lain.
Ia (bertudung) merupakan pilihan masing-masing. Jika hanya memakai tudung pada luaran tapi hakikatnya berperangai tidak baik, saya kira itu tidak menjadi juga. Apa yang penting adalah keikhlasan hati dan kebersihan hati itu sendiri. Mungkin disebabkan saya seorang yang dikenali, perkara ini diperbesarkan


Tambah kapsyen

fasha sandha sahkan sedang hamil anak kedua

Walaupun berita kehamilan kedua Fasha Sandha sudah lama diperkatakan orang ramai, namun sehingga hari ini, tuan empunya badan tidak tampil untuk mengesahkan berita gembira itu. Secara ekslusif, majalah EH! telah berjaya mendapatkan reaksi terbaru Fasha Sandha mengenai kehamilannya yang hanya berselang kira-kira setahun dengan anak pertamanya, Putra Rayqal.

fasha sandha



Kata orang rezeki jangan ditolak, lebih-lebih lagi bab cahaya mata ini. Makin ramai anak, makin murah rezeki. Makin meriah keluarga itu sendiri. Untuk kehamilan kali ini, sudah pasti Fasha mengharapkan mendapat cahaya mata perempuan pula. Kata Fasha:-
Saya terima rezeki yang Allah berikan ini walaupun ada yang mengatakan jarak anak kedua ini terlalu dekat, kata mereka tak puas Rayfal bermanja dengan saya. Tetapi pada saya ini semua rezeki,

 fasha sandha


Abang Nara lihat Fasha Sandha makin berseri-seri sejak hamil kali kedua ini. Insya Allah semoga cita-cita Fasha untuk mendapatkan anak perempuan tercapai. Kalau lengkap sepasang, bolehlah berehat kejap. Tak sabar rasanya nak menanti kelahiran cahaya mata kedua pelakon hebat ini. Sama-samalah kita doakan semuanya berjalan lancar buat Fasha.